assalamualaikum semua.
Wanny in da home!
huaha..nampak perubahan tak?elehh..tu kat atas tu ada tab tazkirah,khidmat,dan macam2 lagi..jenguk2lah ye;;
Okey..tajuk kali ni APa Faedah bca Al-Quraan tanpa tahu Maksudnya?
 Bagi yang enggan membaca al-Quran kerana takut salah sebutan dan tajwid, jangan takut..~ . :.
 
 Sabda Nabi s.a.w 
 
 "Yang membaca al-Quran sedangkan dia mahir dengannya akan bersama-sama  dengan para malaikat. Yang membaca al-Quran dan tergagap-gagap dan  al-Quran amat payah ke atasnya maka baginya DUA PAHALA" 
 
 -Riwayat al-Bukhari-
 
 - Maksud mendapat dua kali pahala, iaitu (1) pahala membaca dan (2) pahala susah payah menghafalnya..
 
 - Baca al-Quran tanpa faham maksud apa faedahnya ?? ?
 
 Suatu pagi di hujung minggu, seorang budak bernama Mikail terdengar  atuknya membaca Al-Quran. Sebaik sahaja atuknya selesai mengaji, dia  terus menerpa ke atuknya lalu bertanya,
 
 “Tuk, Mikail nak tanya ni. Tuk faham tak ape yang atuk baca tadi?”.
 
 Dengan tenang atunya menjawab, “Mestilah faham cu. Dulu atuk pernah belajar bahasa arab dengan arwah bapa atuk. Kenapa cu?”
 
 Mikail kemudian menyatakan pendapatnya tentang membaca Al-Quran. Dia  memberitahu bahawa beruntunglah atuknya itu sebab tahu membaca dan  memahami isi kandungan Al-Quran sedangkan dia hanya tahu membaca tapi  tak faham langsung. 
 
 Jadi tak ada faedah bagi dia membaca sebab tak faham. Serupalah jugak  kalau kita membaca surat khabar bahasa jerman ke atau bahasa perancis.  Baca boleh tapi apa pun tak faham.
 
 Kemudian atuknya membawa Mikail ke luar rumah. Sampai sahaja di tasik  berdekatan dengan rumahnya itu, disuruhnya Mikail untuk mengambil air  dari tasik itu untuk diisi ke dalam baldi di hadapan rumahnya dengan  menggunakan bakul sampah.
 
 Mikail kehairanan memikirkan apa yang disuruh oleh atuknya itu. Namun  tanpa berfikir panjang, dia lakukan juga. Selepas beberapa kali cuba,  dia tidak dapat mengisi air ke dalam baldi tersebut. Mikail akhirnya  berputus asa. Lalu dia pun berkata kepada atuknya,
 
 “Atuk, dah banyak kali saya cuba tapi tak boleh jugak sebab air keluar daripada bakul ni. Macam mana?”
 
 Kemudian atuknya memberitahu,
 
 “Begitulah juga kalau kamu membaca Al-Quran tetapi tidak dapat  menghayati isi kandungannya sebab tak faham. Meskipun baldi tersebut  tidak dapat diisi, tapi bakul sampah tu tadi yang kotor sekarang sudah  bersih. Begitu lah juga dengan hati kamu. 
 
 Selagi kamu membaca Al-Quran, selagi itulah hati kamu akan sentiasa bersih.”
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment